Kisah Titanic Tenggelam Dalam Surah Yassin
1 Oz Gold Layered .999
Bersalut Emas
Mesti Baca!!!!!
Betul atau tidak kenyataan ini...sama-sama kita baca dan fahami....Ucaplah " Subhanallah..". Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di Lautan Atlantik Utara pada tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi.
Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.
Tetapi para sarjana dan ilmuan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44, AllahuAkbar!!!!
Maksud nya::
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah Yang Besar) bagi mereka adalah bahawa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kenderai seperti bahtera itu.
Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, alat-alat pengangkutan umumnya.
43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.
Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J. Smith
" Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..."
Kenyataan beliau itu cukup menunjukan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan. "Hasil dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan Lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang "mangsa" Titanic.
SUBHANALLAH